Selamat Datang Ke Blog Saya

Assalamualaikum semua..

Saturday, October 15, 2011

Orientasi Pelajar-Pelajar Baru Tahun 2011/2012 di Sungai Congkak

Tahun ni, pengajian aku dah masuk semester 3. So, kami semua telah di tugaskan untuk menguruskan orientasi pelajar-pelajar baru, iaitu pelajar yang mengambil jurusan pengimejan perubatan, Hs222. AJK program telah memutuskan untuk mengadakan akitiviti ini di Sungai Congkak.
Walaupun perancangan sudah di buat, namun hakikatnya pengurusan masih kucar kacir. Program tetap berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit masalah teknikal mahupun masalah daripada pihak pengurusan itu sendiri (yakni kami semua). Anyway, banyak perkara yang aku pelajari daripada program yang pertama kali di kendalikan oleh kami ini.
1) Perlunya kerjasama dari semua pihak dan semua ahli perlulah mengambil bahagian ataupun memainkan peranan dalam setiap aktiviti yang di rancang, bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.
2) Jangan salahkan sesiapa atau tunding jari kepada pengarah projek sekiranya berlaku sebarang kesilapan kerana semua ahli memikul tanggungjawab yang sama.
3) Jangan terlalu tamak atau gila kerja. Agihkan kerja anda kepada ahli lain sekiranya anda terpaksa menguruskan banyak kerja dalam satu masa. Cuba percayakan kemampuan rakan anda!!
4) Pengarah projek sepatutnya mengagihkan tugas kepada semua ahli dalam setiap aktiviti dan bukan  hanya bergantung kepada ahli AJK sahaja.
p/s: Perancangan yang sistematik dan kerjasama dari semua ahli amat memainkan peranan dalam menentukan kelancaran dan keberjayaan sesuatu program.

Pemandangan di sekitar kawasan Sungai Congkok.

Air nye jernih dan sejuk..


Pelajar membuat tugasan yang di berikan oleh kami iaitu melakukan aksi  seperti lirik lagu yang di pasang..

Aktiviti mereka cipta kapal dan kemudian menghanyutkan nye ke dalam sungai di mana  sekeping biskut diberikan kepada setiap kumpulan agar di letakkan dalam kapal mereka. Sekiranya biskut mereka masih berada dalam keadaan sempurna selepas dihanyutkan, maka mereka berjaya ke pusingan seterusnya

Aktiviti terakhir pada hari ini iaitu membentangkan nama kumpulan mereka yang telah di berikan sebelum ini oleh kami. 3 org pelajar senior telah di lantik menjadi juri.

Bergambar kenangan bersama budak-budak kelas.

Walaubagaimanapun, trip kali ini sangat seronok. Lagi-lagi bila dapat bermain air. Tak terasa p0n detik yang berlalu bila dapat berendam di dalam air, sambil-sambil selca (self-cam). hehee.. ^__^