Selamat Datang Ke Blog Saya

Assalamualaikum semua..

Sunday, October 21, 2012

Korean New Group-100%





Notes: I DO NOT OWN THIS VIDEO

Ft Island Comeback "I Wish"

                                                    I DO NOT OWN THIS VIDEO

Friday, October 5, 2012

Ch0colate cake

Mlm2 ni, tbe2 ase mngidam nak mkn kek coklat lak.. hehee. Time raya ari tue dah pnh wat, tu pun percubaan kali pertama. Nasib baik la menjadi, family ciap puji ag. Bangga jap (2 saat jjew p0n).. Ingtkan susah nk buat, nampak cam complicated. Pi bila dah try, xder lak rase susah. Jnji rajin jer (diam2 puji diri sendiri. hahaaa).  
Resepi kek coklat ni amek kt dalam Majalah Wanita. Itu pun banyak 
yg sy olah sendiri. Guna barang2 yg ada jew. Law barang tu xde, sy xtaruk p0n. Orang ckp, wat cincai2 jew. Apa yg pnting ialah "rasa". Jnji sdap sudah. Smpai coklat cair p0n duk jilat ag. Sedap. huhu. Resepi lak lupa taruk mana. Aiyyoo, apa nk buat. ^__^ So, laen kali sy kongsi resepi kek ni ngan semua erk. 

kek coklat cair..yum2
kek span coklat
                       

Inilah hasil nya air tangan ku ini..

Monday, September 3, 2012

Da Besar Pon My Sweet Cousin

time ni farisya bru 2blan lbey..

bulat tol mata.

Mata p0n bru bljar fokus..

Masa terasa cepat ngat berlalu. Sekarang da besar dah p0n sepupu aku nie.. Dah start nk belajar merangkak. Pejam celik- pejam celik, skang nie dia dah 5bulan lbey. Semakin chubby, geram ase nak cubit2..
p/s: xsabar nak tgok dye.. da besar kot, rindu nyer. ;)

Saturday, August 18, 2012

Yeay, yeay, Esok Raya!!


Xsangka, rupa2 nyer esk da raye.. cepat tol mase berlalu, kan? Terasa singkat je puasa tahun nie. Anyway, preparation tuk tahun ni ala kadar jer. Biskut dan kek p0n semua wat sendiri, so mmg save la. Malam ni p0n bukan maen busy lagi coz kena tukar sarung bantal, langsir and kemas mana yang patut. Mlm ni tugas aku adalah siapkan kek coklat basah dan kek aising coklat. Nasib baik ptg td aku da siapkan kek just nk touch up jew kek 2 ngan aising n coklat cair.


       Lepas semua da siap, ingtkan ley la join budak2 men bunga api.. Pi my sis suruh tukar langsir lak. Cisss, frust tol..Alaaaa, nak maen bunga api gak..!! ( perangai cam budak kecik.. hehe). Ngan malas, aku tukar gak langsir tue, kalau tak buat kang bising lak diorng.
      Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan menyusun sepuluh jari, memohon maaf kepada semua andai terkasar bahasa dan tersilap berbicara sepanjang berblogger. Bak kata pepatah "tiada yang sempurna di dunia ini".

-Bicara kadang2 tak terjaga
-Janji kadang2 terabai
-Hati kadang2 berprasangka
-Sikap kadang2 menyakitkan
Hidup ini menjadi terlalu indah jika masih ada rasa "Maaf". Selamat Hari Raya Aidilfitri.

p/s: still dlm mood bersedih sbb xdapat main bunga api.. ('~')

Sunday, July 29, 2012

Biskut Semperit

Tak sangka dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa, cepat betul masa berlalu. Dan time ni la, semua suri rumah mula sibuk nak buat biskut raya. Termasuk lah family aku. Mak aku p0n dah start bising n duk asyik tanya "tak nak buat biskut raya ke tahun ni??".. Mesti la buat, mak aku ni buat2 tanya la pulak. Lagipun, aku kan bercuti panjang, so boleh la aku luangkan masa aku ni buat benda yang berfaedah sikit. Anyway, aku memang dari kecil lagi suka baking and memasak nie.Thanks sangat2 kat blogger at my rasa yg berkongsi resepi biskut semperit yg sedap nie.

Selamat mencuba..('',)


Bahan-bahan:
250 gm mentega
100 gm gula kastor (boleh guna gula aising, terpulang pada citarasa)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
50gm tepung jagung (lebih kurang 2 sudu besar)
280gm tepung kastard
1/2 sudu teh serbuk penaik
ceri (sbg hiasan)


Cara-cara:
1) Kacau mentega bersama gula sehingga kembang
2) Kemudian masukkan telur dan esen vanila.. Putar seketika dalam kelajuan sederhana.
3) Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik. Gaul adunan dan uli perlahan-lahan sehingga sebati dan lembut.
4)Gunakan acuan semperit untuk membentuk nya sebesar syiling 20 sen dan hiaskan dengan ceri.
5)Terapkan di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.



Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan ^---^

Sedar tak sedar, kita sudah p0n memasuki bulan ramadhan, iaitu bulan di mana kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dengan berpuasa selama sebulan. Ramai yang menantikan tibanya kedatangan bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Dalam bulan ini juga lah kita mencari malam "Lailatul Qadar", malam seribu malam.

jgn lupa niat puasa..;)
p/s; rasa sedih lak terkenangkan arwah nenek saudaraku. Dah 6 tahun arwah tinggalkan dunia ni, tapi kenangan ku bersama dia tetap segar d ingatan. Arwah selalu bawak aku pergi sembahyang terawih time kecik2.. Semoga arwah tergolong dalam golongan beriman dah semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin.

Saturday, July 14, 2012

My Little Cup Cakes~

bUat pengetahuan semua, da sebulan lebih aku bercuti. Dan sebulan lebih ni jugak la aku duk terperuk je kat umah. Arghhh, bosan tul..!! Tak tau nk buat pe, yang aku tau hanyalah  menambahkan lemak2 kt badan aku nie jer.. Makan, tido, tengok tv.. Itulah rutin aku pada setiap hari. Nampak cam best kan, tapi seriously, semua tu xseperti yang anda sangka. Tahap keborinan aku dah nak masuk tahap cipan da ni p0n. What should i do??

Sehingga lah pada suatu hari, tiba-tiba aku dapat satu idea. tinnnggg...'(j)' Memandangkan sekarang ni tahap kewangan aku semakin meruncing, so apa kata if aku do something yang boleh menambahkan pendapatan aku. Then, keluar la satu plan atau kertas kerja.. ceeh, lagak cam manager lak. hehehe. So, aku pun plan la nak try buat bisnes "cup cakes" secara kecil-kecilan dan sasaran nya adalah budak2 sekolah. Kemudian aku pun berbincang dgn my sis, dan akhir nya dia bersetuju menjadi pelabur dalam bisnes aku. ^____^

Maka terhasillah cup cakes, hasil air tangan ku sendiri.. Walaupun tidak seberapa, namun im still feel so proud coz success in first trial..!! well done.. ;)


 

Tuesday, July 10, 2012

Durian oh Durian..!!

Musim durian dah kembali.. Alhamdulillah, durian dkt dusun atuk ku berbuah sakan gak. Setiap kali atuk ku pi dusun, mmg conpem2 dia akan bawak pulang satu guni durian.. caayaaa la atuk aku..!! hehe ^__^ Kita orang adik beradik siap berebut-rebut lagi lau nampak atuk aku bawak pulang durian. Ntah ape2, tu p0n nak berebut. Durian de 1 guni kot. Mmg perangai cam budak2 tol..hahahaaa

Teringat lak time zaman kanak-kanak dulu2. Aku pasti akan turut serta nenek dan atuk ku pi dusun, cari durian. Pastu, makan durian fresh2 lak kat sana. Sedap, hingga menjilat ibu jari tangan ag.. hahahaa.. tApi, itu dulu, cerita lama. Dah jd sejarah da p0n.. Skang, da xder geng2 budak2 dlu2, semua da besar panjang. Semua da ade kehidupan sendiri.. Bila la plak nak ase pengalaman camtu lg. I'm wandering..




Sunday, July 1, 2012

Warkah Untuk Calon Suamiku

Kepada calon suamiku,
Ketahuilah, aku sedang menuggu mu di sini. Mengertilah, andai rupa yang kau pinta, aku tidak mampu memberikannya.. Tetapi sekiranya kesetiaan dan ketakwaan yang kau pinta, nescaya aku akan cuba tunaikan dengan sebaik yang mungkin. Aku berjanji...

Sedarilah, aku bukan perlukan kemewahan darimu, atau harta sekalipun. Apa yang aku dambakan adalah kemewahan iman, kekayaan akhlak, ketinggian peribadi, dan cinta mu pada ALLAH melebihi cinta mu kepada ku... Hanya satu yang aku inginkan, kesolehan mu..... Cinta mu kepada ALLAH, memukau hatiku. Cinta mu kepada RASUL, mengusik hatiku. Cinta mu kepada AL-QURAN, menyentak hatiku. Cinta mu kepada SYURGA, menawan hatiku..

Dengarlah bisikan hati ku ini, aku inginkan kamu....Sebagai suamiku, sebagai ayah kepada anak-anak ku, dan sebagai teman bicaraku. Hatiku merintih, semoga aku bisa menjadi bidadari yang menemani hari-hari mu di syurga kelak..

 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.. Aku memohon padamu...Kau tunjukkan lah jalan mu kepada dia agar menemuiku di sini... Sesungguhnya, aku menunggu ketibaan jodoh yang telah ditetapkan oleh-NYA kepada ku.. Semoga jodoh ku tergolong dalam golongan orang yang beriman dan semoga engkau bisa memimpin ku ke jln yg bnar, yakni jln hakiki....amin...


Friday, June 29, 2012

Gelagat Si Oyen Tid0w (my hero)

Semalam aku duk syok tengok cite korea "Rooftop Prince", smpai xprasan jam da pkul 4 pagi.. Pat0t la mate ni rase pedih semacam jer . Ayah aku pun da brape kali bangun n ketuk pintu bilik tidur.  Confem dia nak suh ak tidoq. "Anak dara tak elok tido lewat!"  Pi aku buat2 tak dengar (pura-pura tido)..Hahahaa, jahat tol aku an. Tengok punye tengok, last2 aku sndri xingat bile mase aku tertido dpn laptop nie..
     "Mirah, bangun2..!!waktu subuh dah nak abes da 2.." Eeeee, sape pulak yang memekak pagi-pagi ni. Orang baru jer nak tido.Suara tu kedengaran sayup2 jer kt cuping telinga nie. Arghh, malas nye nak bangun. "Mak, jap la. 5minit lagi." (Sambil menarik selimut ke dada. Syaitan lak duk hasut. tido, tido, tido..!!) Lagi la btambah-tambah berat mata ni nak bukak. 
     Punya la ngah syok tidow, tiba2.. "mirah, smbahyang subuh dop lagi???",suara garau (abah aku).Mak oii, terkejut aku! Apa lagi, terus aku bgun ngan mata still pejam (ngantok sesangat).Nasib baek xjatuh katil. Gggrrrrrr,sejuk nya air..Pas smbahyang aku mmg da niat nak sambung tido balik. Pi tergendala lak  bila tertengok kucing aku. Amboii2, sedap tol dia tidow na. idea jhat (kacau dia!! hahaaa). Sempat ag aku snap gambar gelagat si dia titow.. huhu ^__-

 

 

 

 

 
plezzzz, jgn ambil gmbar sy tido k. bnyk tul gmbr tak censored, malu i. hahaha.. by de way, kucing ni male erk. ('_-)


     

Friday, April 20, 2012

Dapat Gak Jumpa Farisya..yeay!!

Bile la ley dpat jumpe Farisya nie..Mak sdara aku lak sibuk duk antar gambar terbaru Farisya. Lagi la bersemangat aku nak tengok dye.

Skang berat farisya dah 3.5kg da..
Akhirnye dapat gak cuti!! Yahooo...!! Sebenarnya aku plan nak blik kmpung (Kelantan), pi terpakse tukar plan coz cuti 3 ari jer. Nanti x puas lak. Cube korang bayangkan. Nek bas nak balik kg p0n dah amek mase 1 hari. Klau wat kira2, maknenyer 2 hari duk atas bas n 1 hari jer lah duk umah. Xnak la..xsyok langsung. So, aku decide pi KL, dah alang2 nak tengok Farisya an.. Teruja ngat. ^__^
       Aku pi sane ngan keteapi dari Ipoh ke KL sentral, perjalanan hampir 3jam lbey. Smpai jer KL sentral, aku kne naek KTM lak pi Rawang. Letih p0wn xilang ag, pi kena smbung perjlanan lak. Bile smpai KTM Rawang, aku terpaksa berjalan jauh pi stesen bas coz aku kena naek bas Metro untuk pi Country Homes. Sangat2 letih dan lapar..!! Perut da berbunyi-bunyi mintak di isi. "Saboo yer perut. kte makan kt umah erk".Save sikit..hehe. Oopss, lupe nak mention. Aku pi KL ngan my best fren, Wadi Fatma. Nasib bek dye ok jer ngan plan aku nak pi kL. Lau x, trpkse la balik sorang2.. uwaaa, xley nak imagine!!
      Bile sampai jer, nenek aku da tercengang kt depan pintu, sambut kita orang. Soklan first yang aku tanye "Mek, nasi ado d0p?? Lapar ney." Hahahaa.. Teruk betol cucu. Bukan nak tanye nenek sihat ke x. Pi bile tengok Farisya ngan mate aku sendri, terus ilang ase ltey. Comei nyer..

Sunday, April 15, 2012

Resepi Pasta Berkrim Bebola Daging (Simple jew)

Lama bebenor ase nyer aku x makan western food. Sebelum ni, aku dah try masak spaghetti, so hari ni aku nak masak pasta lak.huhu.. First time masak pasta, ase berdebar-debar pulak. Hope, cubaan kali pertama ni  success yer..Ok, first aku nak kongsi resepi pasta yang aku masak ni dengan korang semua. Aku ade la google2 sikit resepi pasta ni. Tapi, akibat bahan kat umah x cukup, so aku campak jer la yang mane ade dalam kuali. ^___^

Nyum-nyum..Selamat mencuba yer..!! 

Bahan-bahan (2 orang):
1/4 paket pasta
1/4 kotak susu cair lemak berkrim
1 kiub pati ayam maggie 
3 biji bawang putih- di cincang halus
Cili padi- di hiris
Bebola daging
Crabstick- di potong dadu
1 biji lada benggala- di potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
Lada sulah

Cara-cara:
  1. Rebus pasta, masukkan 1 sudu besar minyak masak bagi mengelakkan pasta melekat dan masukkan 1 sudu teh garam. Biarkan selama 10-15 minit atau tunggu sehingga pasta sudah lembut, kemudian bilas dengan air sejuk dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan bebola daging, crabstick, lada benggala, dan sedikit garam. Anda juga boleh masukkan bahan-bahan lain seperti udang, sotong, dan cendawan, ianya bergantung pada citarasa anda. Tetapi di sebabkan tak cukup bahan, so guna jer lah apa yang ada.hehe. Kacau seketika.
  4. Kemudian, masukkan susu lemak berkrim, sedikit air dan kiub pati ayam maggie.
  5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tambah kan sedikit cili api bagi sesiapa yang suka kan pedas. 
  6. Kacau sehingga mendidih dan sekiranya inginkan kuah, boleh tambah sedikit air ataupun susu. Akhir sekali, masukkan pasta, dan kacau.
  7. Siap dan boleh di hidangkan. Taburkan sedikit lada sulah dan enak di makan ketika masih panas. nyum-nyum..
Sedap ngat, walaupun percubaan kali pertama.. Tak rugi try.

Jangan lupa mencuba masakan ni ok..!! Gerenti sedap..hehe

Sunday, April 1, 2012

My New Cousin-Farisya Edrina

1/4/2012 tepat pukul 8 pagi, kedengaran lagu Only Girl-Rihanna dari handphone ku. Hatiku da mengomel.."Ee, sape lak ni. Kacau owg nak tido jew.!!". Al-maklumlah, ari ni kan ari Ahad (eloo,cuti kan), so time ni la nak tido puas2. Berat ase mate ni bukak. Lorr, mesej ker.. Tertera kat tep0n ku "1 message received". Aku gagahkan gak la tangan ni, n bila aku bace jer msj 2, ilang terus ngantok aku..
"Su, dah bersalin dah pkul 7.30 pg td.. Dpat baby girl." Waaaaa, bukan men terkejut ag aku. Sonoknyer..!! Aku lak yg terlbey hepi..^__^. x lama pas2, aku dpt ag 1 mesej. Terpesona jap tengok gambar bayi yang baru lahir ke dunia nie.

Comel ngat..Suci cam kain putih.
Aku: Nak bagi name ape ni, su??
Su: Xtaw lg.. su ngan ayah su ingat nak bagi nme Farisya Edrina.
Aku: Ooo, lawa name tu..berat dye wape kg ni?
Su: 2.8kg. Ayah ngan kak ng0h pon ade ni,baru smpai KL pg td.
Aku: Kecik nyer. ye ker? kim salam kat diorang k. bile la ley tengok farisya an.('~') (aku ngh wt praktikal kat Perak skang ni)

p/s: Harap farisya jadi anak yang soleh dan taat pd mama ngan papa k..
(dalam aty: ble la nak ade baby gak nie. wheeeee.. gal0kssss..haha3 ^__^)

Thursday, March 22, 2012

Berangan Lagi-Berangan Lagi ^__^

Hai semua.. da lame xupdate aku nyer blog nie.. So, alang-alang da update ni, nak ugak la aku berkongsi cite ngan korang semua. Sejak dua tiga menjak ni, xtaw la nape, aku ase stress ngat ngan penampilan aku. Before ni, xpernah lak aku nak amek pusing. Well2, dunia da berubah. Ugly duck da mula start berangan nak jd white swan. b0ley ker???

Law cite fairy tale, k0npem2 epy ending..law cite aku, camne lak erk? argghhhhh.. Kalau la aku boleh pergi ke masa depan cam cite Doraemon, kan best. Boley la aku tengok hidup aku cmner t, berjaya ke x?? Husband aku?? Waaaaaaah.. Nk taw sngat sape.
 Oh, its time to wake up mirah..!!!


p/s: really2 want to change..help me!! uwaaaa ('~')

Friday, March 9, 2012

8 Langkah Meningkatkan Metabolisme Badan

1) Minum Teh Hijau atau Green Tea
Minumlah sekurang-kurangnya 4 cawan teh hijau sehari kerana ia berupaya membakar 80 kalori dalam sehari. Menurut kajian, teh mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG), iaitu catechin yang mampu merangsang aktiviti otak dan juga membakar kalori. Teh hijau juga mempunyai anti-oksidan (membantu melawan kanser dan sakit jantung), selain turut membantu meningkatkan metabolisme badan.
2) Makan Makanan Pedas
Makanan pedas membantu meningkatkan kadar metabolisme atau pembakaran kalori sebanyak 30%-50% dalam tempoh 3 jam selepas makan. Kajian mendapati makanan pedas mangandungi capsaicin yang berfungsi meningkatkan kadar metabolisme badan. So, ianya merupakan satu kelebihan kepada sesiapa yang sukakakan pedas. 
p/s: sesiapa yang tidak tahan pedas, now, anda patut belajar adapt dengan rasa pedas..hehe ^___^


3) Banyakkan minum air terutama air sejuk (iced water)
Kita disarankan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari kerana air sangat penting dalam membantu meningkatkan metabolisme badan. Badan kita akan bekerja seoptimum yang mungkin pabila badan memperoleh air yang secukupnya. Ramai yang beranggapan, air boleh menyebabkan masalah kegemukan (gemuk air), tetapi sebenarnya air membantu membakar lemak, memperbaiki sistem hati, membantu penghadaman, membersihkan badan dari toxin dan mempercepatkan pemulihan.
Pengambilan minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman kerana badan akan membakar 100 kalori dengan memanaskan suhu air kepada suhu normal badan. 
p/s: Kita digalakkan minum 1 gelas air sejuk di awal pagi.


4) Makan Makanan Yang Berunsurkan Serat
Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 30% dan turut membantu membuang toxin dan hampas makanan melalui kumbuhan. Oleh kerana sifatnya yang kenyal, ia membantu mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalori dengannya.
Ambillah sekitar 25gram serat sehari kerana menurut kajian, seseorang boleh menurutkan berat antara 4-5 kilogram setahun sekiranya menambahkan pengambilan serat dalam sehari.


5) Makan Lebih Kerap
Makan secara sedikit tetapi kerap dapat membantu mengurangkan berat badan. Pengambilan makanan secara kerap akan membuatkan anda sentiasa kenyang, sekaligus membuatkan kadar metabolisme badan meningkat disebabkan proses penghadaman sentiasa berjalan.

6) Ambil Sarapan Pagi
Jangan sesekali skip sarapan pagi kerana apabila perut kosong, anda akan cenderung untuk mengambil makanan yang berlebihan pada waktu makan tengah hari. Sarapan pagi akan memberikan anda tenaga sepanjang hari dan mengelakkan perut dari masuk angin. Individu yang kebiasaannya tidak mengambil sarapan pagi lebih berisiko untuk mendapat penyakit gastrik (berpunca dari amalan tabiat makan yang tidak mengikut waktu yang tetap). Kajian mendapati individu yang melewatkan makan adalah 4 1/2 kali lebih cenderung menjadi gemuk. 



7) Makan Lebih Protein dan Ikan
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadam protein berbanding lemak atau karbohidrat. Daging lembu merupakan antara makanan yang meningkatkan kadar metabolisme. Ia kaya dengan protein yang memerlukan lebih kalori semasa pencernaan dan turut membantu membina tisu otot. 
Menurut kajian, pengambilan asid lemak omega-3 dari ikan dapat membantu menurunkan berat badan. Antara makanan yang mempunyai protein yang tinggi ialah daging merah, ayam tanpa lemak (kulit), telur, tauhu, dan kekacang. 


8) Bijiran Gandum dan Oat
Bijiran gandum dan oat adalah antara makanan yang sangat bagus dalam membantu mempercepatkan metabolisme. Karbohidrat kompleks yang terkandung dalam makanan ini berfungsi memelihara kadar insulin yang rendah, di mana proses penghadaman berlaku secara perlahan. 




Wednesday, January 4, 2012

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaiMu.. 
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkan lah aku menyentuh hati seseorang yang hanya tertaut padaMu, agar aku tidak terjatuh dalam lurah cinta nafsu.. 
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku dariMu.. 
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukan lah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
 Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.. 
Ya Allah, jika aku jatuh pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan hidupku di duniawi ini.. 
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan cinta abadi hanya kepadaMu.. amin..