Selamat Datang Ke Blog Saya

Assalamualaikum semua..

Saturday, October 15, 2011

Orientasi Pelajar-Pelajar Baru Tahun 2011/2012 di Sungai Congkak

Tahun ni, pengajian aku dah masuk semester 3. So, kami semua telah di tugaskan untuk menguruskan orientasi pelajar-pelajar baru, iaitu pelajar yang mengambil jurusan pengimejan perubatan, Hs222. AJK program telah memutuskan untuk mengadakan akitiviti ini di Sungai Congkak.
Walaupun perancangan sudah di buat, namun hakikatnya pengurusan masih kucar kacir. Program tetap berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit masalah teknikal mahupun masalah daripada pihak pengurusan itu sendiri (yakni kami semua). Anyway, banyak perkara yang aku pelajari daripada program yang pertama kali di kendalikan oleh kami ini.
1) Perlunya kerjasama dari semua pihak dan semua ahli perlulah mengambil bahagian ataupun memainkan peranan dalam setiap aktiviti yang di rancang, bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.
2) Jangan salahkan sesiapa atau tunding jari kepada pengarah projek sekiranya berlaku sebarang kesilapan kerana semua ahli memikul tanggungjawab yang sama.
3) Jangan terlalu tamak atau gila kerja. Agihkan kerja anda kepada ahli lain sekiranya anda terpaksa menguruskan banyak kerja dalam satu masa. Cuba percayakan kemampuan rakan anda!!
4) Pengarah projek sepatutnya mengagihkan tugas kepada semua ahli dalam setiap aktiviti dan bukan  hanya bergantung kepada ahli AJK sahaja.
p/s: Perancangan yang sistematik dan kerjasama dari semua ahli amat memainkan peranan dalam menentukan kelancaran dan keberjayaan sesuatu program.

Pemandangan di sekitar kawasan Sungai Congkok.

Air nye jernih dan sejuk..


Pelajar membuat tugasan yang di berikan oleh kami iaitu melakukan aksi  seperti lirik lagu yang di pasang..

Aktiviti mereka cipta kapal dan kemudian menghanyutkan nye ke dalam sungai di mana  sekeping biskut diberikan kepada setiap kumpulan agar di letakkan dalam kapal mereka. Sekiranya biskut mereka masih berada dalam keadaan sempurna selepas dihanyutkan, maka mereka berjaya ke pusingan seterusnya

Aktiviti terakhir pada hari ini iaitu membentangkan nama kumpulan mereka yang telah di berikan sebelum ini oleh kami. 3 org pelajar senior telah di lantik menjadi juri.

Bergambar kenangan bersama budak-budak kelas.

Walaubagaimanapun, trip kali ini sangat seronok. Lagi-lagi bila dapat bermain air. Tak terasa p0n detik yang berlalu bila dapat berendam di dalam air, sambil-sambil selca (self-cam). hehee.. ^__^

Sunday, September 25, 2011

Resepi Spaghetti Carbonara Simple

2-3 hari ini tiba-tiba jer terasa nak makan Western food. Ceeh, so hari ni nak masak spaghetti ala carbonara, alang-alang dah shopping sakan semalam kt Econsave. Nak ugak tunjuk skill masak aku kat housemate, lagi pun diaorang lom penah ag makan spaghetti nie.. Kate diorang, tak kena dengan selera.. Selera kampung kate kan.. ^__^

Bahan-bahan (Hidangan untuk 3 orang):

1/2 paket spaghetti
1/2 tin sos prego carbonara
3 biji bawang putih - di cincang
Bebola ikan
Fish cake dan sosej - di potong dadu (boleh tukar pada makanan laut sprti udang atau sotong, terpulang pada citarasa)
2 biji lada benggala - di potong dadu (boleh pelbagaikan warna bagi tampak menarik)
2 biji tomato- di potong dadu
Garam
Minyak masak
Lada sulah/ lada hitam

Cara-cara:
  1. Rebus spaghetti, masukkan 1/2 sudu besar minyak ke dalam air rebusan bagi mengelakkan spaghetti melekat. Biarkan selama 10-15 minit, kemudian basuh dengan air sejuk dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan bebola ikan, sosej, fish cake, tomato dan lada benggala. Kacau seketika.
  4. Masukkan sos prego carbonara dan air secukupnya bergantung pada citarasa jika inginkan kuah lebih.
  5. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sehingga mendidih. Kemudian, masukkan spaghetti.
  6. Siap. Boleh di hidangkan dengan daun parsley (saya x letak sbb xder. hehe ) dan taburkan lada hitam/ lada sulah.

Warna sebenarnya putih, pi tampak gelap akibat kurang pencahayaan..

Bukan maen berselera ag housemate aku makan. Siap 2nd round. hehe

Ni sebenarnya warna spaghetti carbonara yang siap saya masak. Selamat mencuba semua!! ^___^


Saturday, February 19, 2011

My Sis Konvokesyen UNISEL

Semalam, aku dan family pi konvokesyen kakak, at UNISEL kampus Shah Alam. Tapi yang sedih nyer, parent kita orang x dapat datang bagi berkongsi kegembiraan ni. Anyway, tetap ase meriah coz nasib baik mak n ayah saudara, atuk ngan nenek ada. So, meriah la jugak..hehe.
Alhamdulillah, berjaya gak kakak aku memperoleh segulung Diploma Kesihatan Persekitaran. I'm so proud with you..!! Walaupun tak terucap (malu nk cakap kat dia. hehe), still ase bangga dengan kejayaan kam0o..

Suasana dalam dewan ketika menunggu ketibaan Caunselor UNISEL.
Bergambar kenangan..
Bergambar bersama atuk ngan nenek.. p/s: ari ni aku jadi camera gurl. hehe
Bunga yang aku beli untuk my sis.. Congrats sis..