Selamat Datang Ke Blog Saya

Assalamualaikum semua..

Sunday, July 29, 2012

Biskut Semperit

Tak sangka dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa, cepat betul masa berlalu. Dan time ni la, semua suri rumah mula sibuk nak buat biskut raya. Termasuk lah family aku. Mak aku p0n dah start bising n duk asyik tanya "tak nak buat biskut raya ke tahun ni??".. Mesti la buat, mak aku ni buat2 tanya la pulak. Lagipun, aku kan bercuti panjang, so boleh la aku luangkan masa aku ni buat benda yang berfaedah sikit. Anyway, aku memang dari kecil lagi suka baking and memasak nie.Thanks sangat2 kat blogger at my rasa yg berkongsi resepi biskut semperit yg sedap nie.

Selamat mencuba..('',)


Bahan-bahan:
250 gm mentega
100 gm gula kastor (boleh guna gula aising, terpulang pada citarasa)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
50gm tepung jagung (lebih kurang 2 sudu besar)
280gm tepung kastard
1/2 sudu teh serbuk penaik
ceri (sbg hiasan)


Cara-cara:
1) Kacau mentega bersama gula sehingga kembang
2) Kemudian masukkan telur dan esen vanila.. Putar seketika dalam kelajuan sederhana.
3) Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik. Gaul adunan dan uli perlahan-lahan sehingga sebati dan lembut.
4)Gunakan acuan semperit untuk membentuk nya sebesar syiling 20 sen dan hiaskan dengan ceri.
5)Terapkan di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.



Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan ^---^

Sedar tak sedar, kita sudah p0n memasuki bulan ramadhan, iaitu bulan di mana kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dengan berpuasa selama sebulan. Ramai yang menantikan tibanya kedatangan bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Dalam bulan ini juga lah kita mencari malam "Lailatul Qadar", malam seribu malam.

jgn lupa niat puasa..;)
p/s; rasa sedih lak terkenangkan arwah nenek saudaraku. Dah 6 tahun arwah tinggalkan dunia ni, tapi kenangan ku bersama dia tetap segar d ingatan. Arwah selalu bawak aku pergi sembahyang terawih time kecik2.. Semoga arwah tergolong dalam golongan beriman dah semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin.

Saturday, July 14, 2012

My Little Cup Cakes~

bUat pengetahuan semua, da sebulan lebih aku bercuti. Dan sebulan lebih ni jugak la aku duk terperuk je kat umah. Arghhh, bosan tul..!! Tak tau nk buat pe, yang aku tau hanyalah  menambahkan lemak2 kt badan aku nie jer.. Makan, tido, tengok tv.. Itulah rutin aku pada setiap hari. Nampak cam best kan, tapi seriously, semua tu xseperti yang anda sangka. Tahap keborinan aku dah nak masuk tahap cipan da ni p0n. What should i do??

Sehingga lah pada suatu hari, tiba-tiba aku dapat satu idea. tinnnggg...'(j)' Memandangkan sekarang ni tahap kewangan aku semakin meruncing, so apa kata if aku do something yang boleh menambahkan pendapatan aku. Then, keluar la satu plan atau kertas kerja.. ceeh, lagak cam manager lak. hehehe. So, aku pun plan la nak try buat bisnes "cup cakes" secara kecil-kecilan dan sasaran nya adalah budak2 sekolah. Kemudian aku pun berbincang dgn my sis, dan akhir nya dia bersetuju menjadi pelabur dalam bisnes aku. ^____^

Maka terhasillah cup cakes, hasil air tangan ku sendiri.. Walaupun tidak seberapa, namun im still feel so proud coz success in first trial..!! well done.. ;)


 

Tuesday, July 10, 2012

Durian oh Durian..!!

Musim durian dah kembali.. Alhamdulillah, durian dkt dusun atuk ku berbuah sakan gak. Setiap kali atuk ku pi dusun, mmg conpem2 dia akan bawak pulang satu guni durian.. caayaaa la atuk aku..!! hehe ^__^ Kita orang adik beradik siap berebut-rebut lagi lau nampak atuk aku bawak pulang durian. Ntah ape2, tu p0n nak berebut. Durian de 1 guni kot. Mmg perangai cam budak2 tol..hahahaaa

Teringat lak time zaman kanak-kanak dulu2. Aku pasti akan turut serta nenek dan atuk ku pi dusun, cari durian. Pastu, makan durian fresh2 lak kat sana. Sedap, hingga menjilat ibu jari tangan ag.. hahahaa.. tApi, itu dulu, cerita lama. Dah jd sejarah da p0n.. Skang, da xder geng2 budak2 dlu2, semua da besar panjang. Semua da ade kehidupan sendiri.. Bila la plak nak ase pengalaman camtu lg. I'm wandering..




Sunday, July 1, 2012

Warkah Untuk Calon Suamiku

Kepada calon suamiku,
Ketahuilah, aku sedang menuggu mu di sini. Mengertilah, andai rupa yang kau pinta, aku tidak mampu memberikannya.. Tetapi sekiranya kesetiaan dan ketakwaan yang kau pinta, nescaya aku akan cuba tunaikan dengan sebaik yang mungkin. Aku berjanji...

Sedarilah, aku bukan perlukan kemewahan darimu, atau harta sekalipun. Apa yang aku dambakan adalah kemewahan iman, kekayaan akhlak, ketinggian peribadi, dan cinta mu pada ALLAH melebihi cinta mu kepada ku... Hanya satu yang aku inginkan, kesolehan mu..... Cinta mu kepada ALLAH, memukau hatiku. Cinta mu kepada RASUL, mengusik hatiku. Cinta mu kepada AL-QURAN, menyentak hatiku. Cinta mu kepada SYURGA, menawan hatiku..

Dengarlah bisikan hati ku ini, aku inginkan kamu....Sebagai suamiku, sebagai ayah kepada anak-anak ku, dan sebagai teman bicaraku. Hatiku merintih, semoga aku bisa menjadi bidadari yang menemani hari-hari mu di syurga kelak..

 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.. Aku memohon padamu...Kau tunjukkan lah jalan mu kepada dia agar menemuiku di sini... Sesungguhnya, aku menunggu ketibaan jodoh yang telah ditetapkan oleh-NYA kepada ku.. Semoga jodoh ku tergolong dalam golongan orang yang beriman dan semoga engkau bisa memimpin ku ke jln yg bnar, yakni jln hakiki....amin...