1) Minum Teh Hijau atau Green Tea
Minumlah sekurang-kurangnya 4 cawan teh hijau sehari kerana ia berupaya membakar 80 kalori dalam sehari. Menurut kajian, teh mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG), iaitu catechin yang mampu merangsang aktiviti otak dan juga membakar kalori. Teh hijau juga mempunyai anti-oksidan (membantu melawan kanser dan sakit jantung), selain turut membantu meningkatkan metabolisme badan.
2) Makan Makanan Pedas
Makanan pedas membantu meningkatkan kadar metabolisme atau pembakaran kalori sebanyak 30%-50% dalam tempoh 3 jam selepas makan. Kajian mendapati makanan pedas mangandungi capsaicin yang berfungsi meningkatkan kadar metabolisme badan. So, ianya merupakan satu kelebihan kepada sesiapa yang sukakakan pedas.
p/s: sesiapa yang tidak tahan pedas, now, anda patut belajar adapt dengan rasa pedas..hehe ^___^
3) Banyakkan minum air terutama air sejuk (iced water)
Kita disarankan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari kerana air sangat penting dalam membantu meningkatkan metabolisme badan. Badan kita akan bekerja seoptimum yang mungkin pabila badan memperoleh air yang secukupnya. Ramai yang beranggapan, air boleh menyebabkan masalah kegemukan (gemuk air), tetapi sebenarnya air membantu membakar lemak, memperbaiki sistem hati, membantu penghadaman, membersihkan badan dari toxin dan mempercepatkan pemulihan.
Pengambilan minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman kerana badan akan membakar 100 kalori dengan memanaskan suhu air kepada suhu normal badan.
p/s: Kita digalakkan minum 1 gelas air sejuk di awal pagi.
4) Makan Makanan Yang Berunsurkan Serat
Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 30% dan turut membantu membuang toxin dan hampas makanan melalui kumbuhan. Oleh kerana sifatnya yang kenyal, ia membantu mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalori dengannya.
Ambillah sekitar 25gram serat sehari kerana menurut kajian, seseorang boleh menurutkan berat antara 4-5 kilogram setahun sekiranya menambahkan pengambilan serat dalam sehari.
5) Makan Lebih Kerap
Makan secara sedikit tetapi kerap dapat membantu mengurangkan berat badan. Pengambilan makanan secara kerap akan membuatkan anda sentiasa kenyang, sekaligus membuatkan kadar metabolisme badan meningkat disebabkan proses penghadaman sentiasa berjalan.
6) Ambil Sarapan Pagi
Jangan sesekali skip sarapan pagi kerana apabila perut kosong, anda akan cenderung untuk mengambil makanan yang berlebihan pada waktu makan tengah hari. Sarapan pagi akan memberikan anda tenaga sepanjang hari dan mengelakkan perut dari masuk angin. Individu yang kebiasaannya tidak mengambil sarapan pagi lebih berisiko untuk mendapat penyakit gastrik (berpunca dari amalan tabiat makan yang tidak mengikut waktu yang tetap). Kajian mendapati individu yang melewatkan makan adalah 4 1/2 kali lebih cenderung menjadi gemuk.
7) Makan Lebih Protein dan Ikan
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadam protein berbanding lemak atau karbohidrat. Daging lembu merupakan antara makanan yang meningkatkan kadar metabolisme. Ia kaya dengan protein yang memerlukan lebih kalori semasa pencernaan dan turut membantu membina tisu otot.
Menurut kajian, pengambilan asid lemak omega-3 dari ikan dapat membantu menurunkan berat badan. Antara makanan yang mempunyai protein yang tinggi ialah daging merah, ayam tanpa lemak (kulit), telur, tauhu, dan kekacang.
8) Bijiran Gandum dan Oat
Bijiran gandum dan oat adalah antara makanan yang sangat bagus dalam membantu mempercepatkan metabolisme. Karbohidrat kompleks yang terkandung dalam makanan ini berfungsi memelihara kadar insulin yang rendah, di mana proses penghadaman berlaku secara perlahan.