Selamat Datang Ke Blog Saya

Assalamualaikum semua..

Sunday, April 15, 2012

Resepi Pasta Berkrim Bebola Daging (Simple jew)

Lama bebenor ase nyer aku x makan western food. Sebelum ni, aku dah try masak spaghetti, so hari ni aku nak masak pasta lak.huhu.. First time masak pasta, ase berdebar-debar pulak. Hope, cubaan kali pertama ni  success yer..Ok, first aku nak kongsi resepi pasta yang aku masak ni dengan korang semua. Aku ade la google2 sikit resepi pasta ni. Tapi, akibat bahan kat umah x cukup, so aku campak jer la yang mane ade dalam kuali. ^___^

Nyum-nyum..Selamat mencuba yer..!! 

Bahan-bahan (2 orang):
1/4 paket pasta
1/4 kotak susu cair lemak berkrim
1 kiub pati ayam maggie 
3 biji bawang putih- di cincang halus
Cili padi- di hiris
Bebola daging
Crabstick- di potong dadu
1 biji lada benggala- di potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
Lada sulah

Cara-cara:
  1. Rebus pasta, masukkan 1 sudu besar minyak masak bagi mengelakkan pasta melekat dan masukkan 1 sudu teh garam. Biarkan selama 10-15 minit atau tunggu sehingga pasta sudah lembut, kemudian bilas dengan air sejuk dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan bebola daging, crabstick, lada benggala, dan sedikit garam. Anda juga boleh masukkan bahan-bahan lain seperti udang, sotong, dan cendawan, ianya bergantung pada citarasa anda. Tetapi di sebabkan tak cukup bahan, so guna jer lah apa yang ada.hehe. Kacau seketika.
  4. Kemudian, masukkan susu lemak berkrim, sedikit air dan kiub pati ayam maggie.
  5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tambah kan sedikit cili api bagi sesiapa yang suka kan pedas. 
  6. Kacau sehingga mendidih dan sekiranya inginkan kuah, boleh tambah sedikit air ataupun susu. Akhir sekali, masukkan pasta, dan kacau.
  7. Siap dan boleh di hidangkan. Taburkan sedikit lada sulah dan enak di makan ketika masih panas. nyum-nyum..
Sedap ngat, walaupun percubaan kali pertama.. Tak rugi try.

Jangan lupa mencuba masakan ni ok..!! Gerenti sedap..hehe

No comments:

Post a Comment